Perkahwinan Jarak Jauh

10:10 Bonda Zahra 2 Comments


Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ), bukan semudah disangka.Tak lah sepayah yang dijangka.Apa pun pokok pangkalnya hati.Kita yang mencorakkan hidup kita.So, tak payah nak serabut sangat.

Aku & suami tak pernah terdetik dihati nak PJJ ni.Siapa yang suka?Dah kawin tapi duduk jauh-jauh.Tapi terpaksa harung jugak lah.Aku keja Perak, suami keja dekat Kedah.Suka tak suka memang kena suka.Jalan ni yang terpaksa kami pilih.Susah payah kena harung lah.
Orang cakap:

Alah, dah kawin..isteri kena ikut suami.Macam lah kat Kedah nu takda keja.
~mai nak bagi taw, aku ni bekerja dengan gov.Nak bertukar kena ikut prosuder.Dah ulang-ulang isi borang tukar, tapi tak dapat lagi.Nak buat macam mana?Kalau lah suami aku tu hartawan, tak payah fikir banyak dah.Dah lama aku berenti keja, ikut dia.Duk rumah, jaga anak, layan suami ja kan?

Suami kerja apa?Kenapa suami tak tukar cari keja lain kat Perak ni?
~suami aku keja sendiri ja dengan abang ipar dia.Tapi suami aku tu memang berniat nak hijrah.So, memang nak duduk Kedah lah kan.

Hang ja duk balik sana, hang tu perempuan.Kenapa laki hang ja tak balik sini?Hang tak letih ka?
~Aku selalu balik hari Jumaat malam Sabtu.Pastu Ahad malam Isnin aku balik Perak balik.Takda lah letih mana pun.Dah kalau biasa macam tu.Sayang punya pasai.Suami aku kerja tak tentu, sat sana, sat sini.Macam mana nak mai kat aku?Payah jugak lah kan?huhu.

Hampa duk jauh-jauh ni, tak takut  ka suami curang ka, ada pompuan lain ka, lelaki ni tak boleh percaya taw.
~Tudia, mulut depa.Memang tak sayang sungguh.Percaya tu kunci utama.Dan berserah ja pada Allah.Alah lagipun suami aku duduk dengan kakak dia, boleh lah kakak dia jadi spy aku, hihi.

Memang selalu orang duk cakap macam ni.Biasa lah orang mampu ja bercakap apa.Untuk orang yang tak pernah PJJ, hang tak payah nak cakap banyak.Hang tak rasa.Tak payah nak banyak bunyi.

Pada yang sedang berPJJ ni, kunci segala kata adalah SABAR.Tanggapan negatif orang, layankan ja.Tapi jangan kita simpan dalam hati.Takut memakan diri, hihi.Tapi aku faham, kekadang bila tengok suami isteri yang duduk sekali ni, nampak suami hantar isteri p keja, rasa jeles jugak.Ye lah, kita takda macam tu.Takpa, rileks lah.

Bila balik rumah nasib ada Zahra, tak lah sunyi, bosan sangat dekat rumah.Dah ada Zahra ni takda masa nak layan ringdu-ringdu ni.Banyak layan Zahra ni ja.Ringdu tetap ringdu.Suami tak taw lah dia layan ringdu ke tak.Err, Babah ringdu kami tak?hihi.
Semoga yang sedang melalui PJJ , TABAH.Aku taw susahnya nak zahirkan perasaan tu dengan kata-kata.Sebab kekadang syaitan hasut, macam-macam kita rasa.Rasa tak adil lah, apa lah.Tapi selalu ingat kata-kata ni,'Dia tak bagi apa yang kita nak.Dia bagi apa yang kita perlu'.Tak payah duk sedih.Kuatkan semangat.Apa yang jadi ada hikmah.

Aku berharap & berdoa semoga long distance relationship kami ni akan over secepat mungkin.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Sabar...lama-lama nanti duduk lah sekali tue.... Saya dulu pun ulang alik juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu sabar sis..huhu:(.in'allah.doa2kan..

      Delete