Johnson's Baby Untuk Zahra

00:31 Bonda Zahra 0 Comments

Ada sapa pakai produk Johnson's?Aku suka produk Johnson's ni.Sebab produk ni dari kita zaman budak-budak lagi dah wujud dah.Betapa establishednya produk ni.Lagi pun bau dia ni sedap ja, bau baby.Bau dia buat kita nyenyak tido.Memang terasa macam baby lah pakai produk ni,hihi.Nak feeling-feeling baby sat na.
Nak jadi cerita, aku pakai yang ni untuk Zahra punya body wash.Bukan untuk Zahra ja, sekali Bonda tumpang sekaki.Bajet boleh dapat kulit halus mulus macam baby lah,haha.Sekali shampoo Zahra aku guna yang ni.Rambut Zahra ya, bukan rambut aku lah.Alhamdulillah, ok ja.Senang ja nak sikat rambut.Rambut Zahra takda lah panjang sangat pun, tapi boleh tahan lebat jugak.Syok lah pakai yang ni sebab ada campuran susu dengan beras kan, rasa macam lembut ja kulit.Siap ada refill pack.So guna ja botol tu, beli yang refill ja nanti.Suka lah sebab kaler putih, putih kan macam bersih gitu, haha.
Baby oil ni pun aku suka sebab sangat multipurpose, untuk apa ja boleh.Aku suka guna kaler pink ni untuk Zahra.Sapu kat rambut, lembut ja rambut.Lepas tu untuk korek telinga, cuci telinga Zahra pun aku guna ni.Macam biasa, Bonda pun tumpang lah pakai untuk kulit Bonda yang kering ni.Dah nak meningkat umur ni kan, haruslah nak membela kulit ni.Kalau tak nanti, kematu,kering, kelabu ja.Babah lari pulak, haha.
Ni produk terbaru yang aku beli untuk Zahra.Sebelum ni Zahra tak pakai losyen, sebab pada penglihatan aku, kulit Zahra ni sensetif.Tapi sejak aku try losyen Johnson's ni, Alhamdulillah ok ja.Bau dia wangi, Zahra suka.

Banyak lagi yang ada.Segala bedak, cologne lah.Tapi aku malas dah nak upload gambar.Ni pun gambar aku google ja.Malas nak snap-snap bagai.Apa pun Johnson's ni memang best kan?Aku suka produk Johnson's ni, tu aku bagi Zahra pakai Johnson's jugak.Boleh share!!.hihi..

Aku belanja satu gambar Zahra, nah..

You Might Also Like

0 Pengomen: