Demam Urat

13:46 Bonda Zahra 1 Comments

Pernah dengar tak demam urat?Mesti ada yang pernah dengar & ada jugak yang tak pernah dengar.Aku pernah dengar sebelum ni.Tapi tak pernah alami lagi.Dan buat pertama kalinya aku alami dalam beberapa hari lepas.Serious, sakit sangat, huhu.Satu badan aku sakit-sakit, sampai nak duduk bangun pun sakit.Kakak aku cakap demam urat ni.Mungkin betui jugak.

Puncanya aku pun tak taw, tak kena dekat mana.Pagi Ahad tu bangun dari tidur rasa seram sejuk, badan rasa tak sedap.Mak belikan ubat demam urat.Malam tu aku tidur terus sampai pagi.Tidur malam tu siap dengan stokin, selimut toto, dah macam orang dalam pantang pulak.

Aku pun dah lama tak urut badan.So, pagi semalam ambik cuti, set masa nak p urut dengan bidan kampung.Masa urut tu memang betul lah urat-urat yang sakit semua habis kena picit.Memang kena sungguh lah tempatnya tu.Yang mana sengal, bengkak, semua kena.Lepas urut badan rasa sedap, ringan & selesa.Alhamdulillah lega sikit.

Demam urat ni disebabkan:-
Kadang-kadang kita rasa kejang urat & otot, kekadang terasa macam demam & adakalanya urat membengkak.Kenapa terjadi macam ni?

Sakit urat ni ada sebabnya:-
  • Kalau demam urat kita tak biasa bersukan atau jarang bersukan~mungkin sebab aku sekarang kan suka main badminton petang-petang (bajet nak kurus, hihi) tanpa buat stretching, aku terus lompat kiri, lompat kanan, lari depan lari belakang.
  • Kalau kita suka makan makanan yang sejuk, kita mudah kejang otot~makanan yang sejuk, mostly aku pantang.cuma ais tu kerap lah jugak kan, hihi.Sebab tu mak selalu bising.
  • Stress di tempat kerja sebab terlalu sejuk & kerja yang banyak~tempat keja tak ada lah stress sangat.Sebab aku sorang kud, tidak ada kawan.;(.Kerja tu banyaklah jugak, tapi kerja memang tak akan pernah habis kalau difikirkan.Sejuk tu, tak lah sangat.Biasa-biasa ja.

  • Kalau urat kita membengkak perjalanan darah tak jalan ikut saluran yang betui dalam badan kita, bermacam jenis urat~yang ni aku duk hadam sekarang.
Badan rasa nak demam, mood mendung ja, huhu.Makan pun jadi tak berapa nak lalu(untung-untung boleh lah kurus sikit kan?hihi).Rasa macam nak baring tidur ja.


You Might Also Like

1 comment:

  1. saya pun pernah kena masa dalam pantang sejuknya walaupun dah berstokin dan selimut tebal..

    ReplyDelete