Bukit Merah Laketown Clubhouse

00:32 Bonda Zahra 2 Comments

Ha, ni dia ABC (Air Batu Campur) yang sedap.Kalau hampa ada p jalan kat Bukit Merah Laketown Resort, jangan lupa singgah sini.Lokasi dia dekat Laketown Clubhouse.

Nak p Laketown Clubhouse ni, hampa kena masuk pintu gerbang dari jalan utama nak ke Bukit Merah Laketown Resort, lepas tu jumpa roundabout ke waterpark tu, ambil jam 12.Lepas tu jalan jauh jugak lah, hampa akan jumpa clubhouse ni dekat sebelah kanan hampa.
Dalam ni jugak ada swimming pool, bukak pukul 10.00 pagi-6.00 petang.Kena bayar RM4.00 ja seorang.Boleh lah nak bawak family mandi kat sini.Tempat dia cantik, bersih.Dan lagi satu, sini takda lah lifeguard yang sibuk nak usha kita mandi, hihi..
Sambil mandi hampa boleh makan ais kacang ni.Sedap, memang terbaik!!.Harganya bawah RM10, boleh makan 4-6 orang.Macam-macam size dan nama, ada talam bukit, mangkuk gunung.Makan ramai-ramai, syok!!.Cafe dekat sini makanan dia memang murah-murah.Duduk santai tepi kolam, order ja nanti depa hantar.
So, kalau rasa tak nak mandi dekat Bukit Merah Laketown Resort tu, boleh lah terjah dekat Laketown Clubhouse ni.Confirm puas hati!!..

You Might Also Like

2 comments:

  1. Bestnya acikkk..bila la nak pi sana ntah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik kampung la, nanti kita p;)

      Delete