Bonda & Mama

14:06 Bonda Zahra 2 Comments

Bonda & Mama, dari start ngandungkan Zahra dulu, aku macam dah felling bahasakan diri aku dekat Zahra 'Bonda'.Wah, rasa macam orang dulu-dulu pulak.

"Baby, nanti keluar jadi anak yang baik,yang solehah,yang menyejuk mata & hati Babah Bonda taw.Bonda dah tak sabar nak jumpa sayang!!.

cey, beria dah Bonda-Bonda dengan baby.

Tapi sebenarnya, dari zaman sekolah dulu lagi aku dah idamkan di hati ni nak anak
panggil Bonda.Wee, galaknya Bonda Zahra ni kan.Duk sekolah lagi pun dah berangan nak anak panggil apa.Nak lah anak panggil yang rare sikit.

Kali pertama tentang mata dengan Zahra, masa nurse hantar dia dekat ward, duduk dalam dakapan aku, aku dah cakap dekat dia "anak Bonda, comelnya.Bonda sayang adik sangat".Sebak dada.Dapat jugak bahasakan diri 'Bonda' dekat anak sendiri.Makbul sudah impian sejak zaman sekolah.
Anugerah pinjaman Allah 

Tapi bila dah keluar ward, sampai ja rumah, sambil main anak dengan suami, tiba- tiba suami cakap "anak papa ni, nanti besar jadi macam mama taw?kuat sabar.Sebab tu papa sayang mama adik".

Allah, suami dah angan nak bahasakan papa, mama lah.Touching pulak kata-kata suami tu kan.Banjir pulak rumah nanti, huhu.Acah orang bandar, datuk datin, orang berpangkat lah pulak.Mama kan.

Dah macam tu, biasakan diri bahasakan MAMA dengan Zahra.Suami pulak, Papa lah, tak jadi Babah dah.Tapi kadang feeling nak Bonda Babah jugak.Takpa lah kan?hihi.

Zahra tak boleh cakap lagi.Tapi panggil Papa taw.Mama ja tak dengar lagi.Macam tak sabar ja nak dengar Zahra panggil:

Mama, Zahra sayang Mama.❤❤❤

Takpa Zahra, penat lelah Mama ngandungkan Zahra.Sakit pedih Mama lahirkan Zahra.Mama takda kira-kira.Mama bahagia sampai mama tutup mata..

You Might Also Like

2 comments: