Bila Dah Jadi Ibu, Baru Aku Taw..

12:08 Bonda Zahra 0 Comments

Bila dah jadi IBU, bahagianya bila letih balik kerja, tengok ja muka anak, Ya Allah..hilang letih kerja 1 hari.Nikmatnya dianugerahkan seorang anak.

Tapi kebahagiaan yang 1 ni datang dengan dugaan yang bermacam, yang mana:

Baru aku taw sakitnya melahirkan anak, penatnya berpantang & berjaga malam demi anak.

Baru aku taw erti sanggup berkorban apa ja.(duit, masa, perasaan dll) untuk anak.

Baru aku taw penatnya nak handle rumah tangga selari dengan tanggungjawab wanita bekerja.

Baru aku taw sedihnya & risaunya nak berpisah dengan anak sebab kena tinggalkan anak, sebab kena p kerja.

Baru aku taw erti sentiasa berjaga-jaga sebab anak kecil ni kerja dia asyik nak explore semua benda.Bukan taw bahaya ka tak!.Dengan nak perhati pergerakan anak, nak make sure rumah sentiasa bersih dari habuk sebab anak duk merangkak, mengutip sekecil-kecil sampah lepas tu masuk mulut.Semua nak kena jaga tu.

Baru aku rasa penat lelahnya bila tak dapat tidur malam masa anak tak sihat.Lagi parah bila aku fikir, kita yang dah tua ni pun lemah ja kalau sakit, inikan pulak dia, baby-baby lagi.

Baru aku rasa relanya berkorban harta benda & tenaga sebab nak ubatkan anak yang tak sihat.Kalau boleh nak dapatkan rawatan yang terbaik!.Harga yang dibayar dah tentu 'terbaik' jugak kan?

Baru aku belajar bahawa SABAR tu sangat perlu bila kita dah letih, anak pulak meragam nak kan perhatian.

Baru aku taw, betapa kalutnya kepala otak ni duk fikir, nak masak makan apa dekat anak?minggu ni nak bawak anak jalan mana?barang-barang anak cukup dah ka?sebab nak pastikan keperluan anak sentiasa terjaga, nak perasaan anak bahagia.

Baru aku faham perasaan bangganya hati, kalau ada orang puji anak, comelnya anak, cerdiknya anak.Tu tak dengar lagi orang puji bila anak jadi 'orang' & berjaya dalam pelajaran & kehidupan.

Baru aku taw betapa kena bersungguh-sungguhnya kalau nak ajar anak pandai 1,2,3 A,B,C, bersabar dengan kerenah anak yang belum tentu nak ikut cakap & arahan jugak ajaran kita.Mulut ni memanjang ja nak kena 'basah" dengan kalimah 'Astaghfirullahalazim'!.

Baru aku taw betapa gigihnya kena kumpul duit (sampai sanggup abaikan keinginan) untuk beli kemudahan, keperluan & sediakan keselesaan .

Baru aku sedar bahawa perancangan awal (dari segi kewangan utamanya) sangat perlu demi masa depan anak.Kena sentiasa bersedia kalau ada kecemasan, baik dari aspek kesihatan @ kemudahan untuk anak.

Baru aku taw hargai setiap saat yang ada sebab anak ni tak tentu masa dia perlukan kita.Boleh jadi time kita mandi, anak menangis.Time letih ngemas rumah, anak ajak main.Memang kena pandai atur masa kalau nak diri ni & rumah sentiasa kemas.

Baru aku taw tak mudah nak sandang gelaran seorang ibu.Sebab kena sentiasa  cari gali ilmu tentang keibubapaan.Belajar urus anak, cara ajar anak, cara nak bagi anak makan minum & segala macam cara lah untuk kebaikan anak.

Sebenarnya, lebih dari ni yang perlu ditanggung oleh hati seorang ibu.1 kebahagiaan akan datang dengan bermacam dugaan.Inilah pengalaman setahun jagung  aku sebagai seorang ibu.Semoga semua yang bergelar ibu dapat bersedia mental & fizikal dalam membesarkan anak.

Betapa berat dugaan & cabaran serta tanggungjawab menjadi seorang ibu disebalik kegembiraan yang terpancar di wajah.Namun hati seorang ibu, apa hang taw?

You Might Also Like

0 Pengomen: