Alhamdulillah, Dah 2 Tahun Hidup Bersama

12:07 Bonda Zahra 0 Comments

Alhamdulillah, takda kata yang mampu aku ucap pada hari yang berbahagia ni.15.10.2015, genap 2 tahun aku menjadi isteri buat suami tercinta, Muhammad Zulfitri.Dalam usia perkahwinan yang masih belia ni, kami telah dianugerahkan sebuah amanah.Seorang puteri yang InsyaAllah anak solehah Nur Zahra Aressa.

Pada ulang tahun perkahwinan pertama kami, aku sedang mengandungkan Zahra.Masa tu aku beli cheesetart favourite suami.Untuk kali ni yang ada hanya ucapan syukur & posting yang lewat dekat blog ni.nak cium pipi?jauh lah pulak, sobsob;( .

Sebagai mana yang diharapkan semua orang, semoga kami diberikan kebahagiaan & kesefahaman sepanjang hayat.Dimudahkan dalam segala urusan & dibukakan segala pintu untuk berbuat kebaikan.Aku nak abadikan sebuah doa isteri buat seorang suami:

Bismillah..
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Ampunilah dosaku yang telah aku lakukan.KAU limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas.

KAU berikanlah aku kekuatan mental & fizikal.KAU kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan.KAU peliharalah lidahku dari kata-kata yang tak berguna.KAU kuatkanlah semangatku melalui segala ujianMU.KAU berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..Sekiranya suamiku ini  adalah pilihanMU di Arsy, berilah aku kekuatan & keyakinan untuk terus bersamanya.Kurniakanlah aku sifat kasih & redha atas segala perbuatannya.Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di syurgaMU, limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran & kelembutan untuk menghadapi dirinya.Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMU maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala tingkah lakunya.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala sesuatu..KAU yang Maha Mengetahui apa yang tebaik untukku.KAU juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan & segala dosa yang sudah aku lakukan.Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai.Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri, hukumlah aku di dunia tapi bukan di akhiratMU.Sekiranya aku ingkar & derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMU.

Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMU.Aku buta tanpa bimbinganMU.Aku cacat tanpa hidayahMU.Aku hina tanpa rahmatMU.Ya Allah, kuatkanlah hati & semangatku.Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMU.Jadikanlah aku isteri yang disayangi suami.Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMU.Bimbinglah aku menjadi isteri yang terbaik bagi dirinya.

Hanya padaMU Ya Allah, aku mohon segala harapan.Kerana aku pasrah dengan segala keputusanMU.Kerana aku sedar hinanya aku.Kerana aku insan lemah yang sering keliru.Kerana aku sering lupa dengan keindahan dunia ini.Kerana kurang kesabaranku menghadapi ujian dariMU.

Ya Allah, sesungguhnya diriku ini hanyalah hambaMU yang lemah.Limpahkanlah rumahtanggaku dengan penuh mawaddah.Jadikanlah rumah tanggaku sebagai rumah tangga yang sakinah.Aku mohon ampun kepadaMU Ya Allah, atas segala dosa-dosa yang yang telah aku lakukan.

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Happy Anniversary ke 2 Tahun Sayang!..mmmuuuahh.;)

You Might Also Like

0 Pengomen: