Sahabat, Kehilangan Dirasai

01:05 Bonda Zahra 0 Comments

Sahabat untuk selamanya.
Bersama, untuk selamanya.
Kau & aku sahabat.
Untuk Selamanya.
Selama-lamanya.
Setia..[cebisan lirik lagu Padi-Sahabat Selamanya]

'sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.'(H.R al-Hakim)

Sahabat yang baik, tak semestinya yang seusia dengan kita.Tak semestinya berjiran dengan kita.Tak semestinya satu tempat kerja, belajar, & organisasi dengan kita.Tak semestinya yang ada di alam maya.Tak semestinya yang lepak di kedai mamak sama-sama.Tak semestinya yang solat jemaah sama-sama.Semua tu tak semestinya.Sebab, sahabat yang baik adalah sahabat yang rapat & dekat dengan kita.

Baru-baru ni aku kehilangan seorang teman.Pada dasarnya, bukan saja teman, tapi dia lebih dari seorang kakak.Kehilangan buat selamanya.Kehilangannya sangat dirasai kerana dia antara teman yang selalu kemana saja, teman sepejabat, banyak membantu dalam kerja, banyak bagi nasihat & sebagainya.Arwah seorang yang baik, tak cakap banyak, seorang yang suka senyum, lemah lembut & ia juga diakui oleh ramai orang.Selepas beliau kembali ke rahmatullah, ramai sahabat bercerita tentang benda yang sama.

Subhanallah!!.Untungnya memiliki seorang sahabat sepertinya..Kehadirannya menyenangkan hati, kehilangannya terasa di hati.Kebaikan & nasihat olehnya terpahat di hati.

Ya Allah, kadangkala aku terfikir, adakah aku macam dia?Kehadiran menyenangkan, kehilangan dirasai.Adakah satu hari nanti apabila aku pergi, aku akan dikenang macam tu?Adakah kawan di luar sana akan mendoakan aku?Adakah sahabat aku akan terasa kehilangan aku?

Sahabat, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kamu, semoga Allah lapangkan kubur kamu, berikan cahaya di dalam kubur kamu, semoga kamu ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Tiada jodoh untuk bertemu di dunia lagi.Aku berdoa agar bertemu di syurga kelak!.InsyaAllah, Allah lihat tiap usaha walaupun sebesar zarah!.Sesungguhnya doa seorang sahabat tidak ternilai harganya sama seperti nilai persahabatan.Mahal=)

Salam sayang & ringdu,
Almarhumah Suryani Binti Mat Saat
21 Nov 1969-05 Jun 2015
Al-Fatihah

You Might Also Like

0 Pengomen: