Bonda Nak Cerita Pasal Zahra

12:25 Bonda Zahra 6 Comments


Hai semua, hari ni aku nak cerita pasal pemakanan anak dara aku so far.Aku start bagi Zahra solid food  masa umur dia 5 bulan.Masa tu nampak macam dia nak sangat makan.So, sebagai Bonda yang sangat menyayangi anaknya, aku pun decide nak bagi Zahra makan nestum dulu.Opah, Tok, Wan semua pun suggest macam tu.

Pasal Nestum
Rupanya Zahra ni tak suka makan nestum bersuap.Yang Bonda ni  beria lah dah belikan plate yang comel untuk dia.So, Tok suggest suruh letak dalam botol.Dengan sukatan 2 scoop nestum+4 scoop susu.Sampai sekarang dia akan minum susu+nestum.Kekadang bubur.Tapi more tu nestum lah.Macam mood diet ja Zahra ni.Nestum yang Zahra pernah rasa so far banyaklah yang aku try dekat dia.Ada lah dua tiga yang jadi feveret dia.

Pasal Susu
Masa lahir, Zahra minum susu Lactogen.Terus minum susu formula, tak tembam anak Bonda.Masa tu dalam pantang, sedih taw, jangan cakap aku tak usaha ok.Cakap ja apa jenis makanan+susu+ubat yang boleh upgrade susu, semua aku makan+minum.Tuam, berurut tapi takda jugak.Aku takda pun macam mommy-mommy lain yang dalam pantang susu depa memancut.Sedih kan.Sampai sekarang rasa bersalah.

Pada yang anti FM tu, tolonglah jangan salahkan aku.Aku pun nak lah yang terbaik untuk anak aku.InsyaAllah, moga ada rezeki untuk anak-anak yang akan datang.Tak dapat nak susukan Zahra.Tak syok lah.Sekarang Zahra minum Dugro pulak.Alhamdulillah, sesuai sampai sekarang.Anak sihat, tu dah cukup.

Pasal Air Masak
Zahra dah suka nak minum air masak.Yeah!!.Tapi nak dengan cawan ok.Aku beli cawan yang macam-macam funtcion, tak nak.Nak cawan jugak.Nasib tak beli lagi yang avent ka, MAM ka, kalau tak rugi Bonda, hihi.

Pasal Bubur
Ni part yang paling menarik.Best sangat.Search resepi macam-macam.Bila time weekend, aku merealisasikannya.Keluar habis segala skill masak, kikiki.

Buat masa ni, Zahra dah banyak rasa jugak combination makanan.Aku akan make sure makanan yang aku buat tu berkhasiat untuk Zahra.

Antara combination bubur yang pernah aku buat ialah:
1.beras+kentang+ikan bilis(Zahra kurang sikit ikan bilis)
2.beras+sup ayam+carrot+kentang(feveret Zahra)
3.beras+buah kurma(boleh lah dengan tekak Zahra)

Sikit ja kan, tapi tu pun Zahra macam jemu ja kalau buat selalu.Selang-selang boleh lah.Sebelum ni aku akan blender makanan tu separa lumat, ada gak lah tekstur yang kasar tu.Kalau halus terus macam susu, Zahra tak nak.

Cara makan pulak, kalau anak dah boring aku nak suruh Zahra suap sendiri, dia tak pandai lagi.Biasa la budak kan cepat boring.Aku blend ja bagi halus, letak dalam botol bagi Zahra melalui botol.

Resepi?Aku masak macam mommy lain jugak.Sama ja.Tapi aku ada letak sikit garam dengan 2 hiris halus bawang putih.Tok Zahra dah biasa letak bahan ni, kalau aku tak letak pun, Zahra tak makan habis punya.

Pasal Junk Food & Snack
Zahra suka puree.(macam yang aku cerita dalam entry sebelum ni).Tak taw napa yang Heinz tu kan memang feveret dia.Macam biskut Farley's Heinz dia suka jugak.Kalau yang Farley's sebelum ni dia tak nak.Pandai pulak memilih ya budak Zahra ni, hihi.

Aku kekadang rajin suapkan Zahra apa yang aku makan.Tapi aku bagi kecik-kecik ja dekat dia.Takut tercekik, gigi tak banyak lagi.Nampak orang makan ja jerit nak jugak.

Zahra, Zahra..Makin bijak sekarang ni.


6 Pengomen:

Pengalaman Pertama Zahra Mandi Kolam

00:31 Bonda Zahra 2 Comments

Muka takut ja, takut air mercik ke muka.

First time p mandi kolam ni di Suria Apartment, kebetulan kakak aku yang sulung bercuti sewa apartment sini.So, kami pun amik lah kesempatan tumpang mandi kolam dekat sini, hihi.Time ni waktu pagi.Kami mandi dari jam 9 pagi sampai 11 pagi.Zahra pun dah macam terkena kejutan budaya sekejap.

Mula masuk kolam tu Zahra nangis tak nak.Dah setengah jam macam tu suka pulak dia sampai terketar bibir pun nak mandi lagi.Comel ja.Nasib lah Bonda bawak pelampung Zahra.Tu pun kejap nak, kejap tak nak duduk dalam pelampung tu.Lenguh tangan Bonda dukung dia.Nampak ja kecik, tapi kalau dukung sarat.Bila sepupu Zahra nak dukung, sambil mandi sambil mata mencari Bonda.Bila tak nampak Bonda ja sedih.Bila Bonda panggil, renyih.Haih lah, anakku ini!!.
Tangan tu comel ja pegang oreo, mulut nak mengunyah saja.Muka maintain tak bersalah.Tu buat Bonda geram tu, ish!!.

Lepas mandi kolam, bila balik tu, Zahra ni dia punya tidur ja.Letih sangat gayanya.Macam dia pulak yang kena dukung Bonda.Kalau kena dukung Bonda tu logik jugak nak letih sampai macam tu sekali.Bonda kan tak kurus, hihi.

Aku duk jangka, Zahra mayb akan selsema ka demam lepas mandi kolam.Alhamdulillah, tak.Lepas mandi kolam tu, aku bilas balik badan dia dengan air bersih.Lepas mandi, aku sapukan vicks untuk baby yang penutup pink tu siap-siap dekat dada dengan hidung.Risau takut Zahra demam.

InsyaAllah, lepas ni Bonda bawak Zahra mandi kolam lagi ye.Biar nanti Zahra pandai berenang, hihi.




2 Pengomen:

Dayana's Blog List Jan-Mar 2016

17:19 Bonda Zahra 3 Comments


Lama tak join segmen kan.Jom join segmen ni.Klik banner comei dekat atas tu ya.

3 Pengomen:

Mini Perkelahan Di Taman Tasik Taiping

01:04 Bonda Zahra 2 Comments

Selamat berhujung minggu.Layan dulu entri sempena mini perkelahan aku dekat Taman Tasik Taiping petang sabtu semalam.Selain daripada nak bagi taw pasal aktiviti semalam, nak bagi taw jugak yang  Taman Tasik Taiping ni merupakan lokasi yang sangat cantik & menarik untuk sesi photoshoot.

Kebetulan minggu ni kakak aku yang tinggal di Rawang ada balik.So, sembang punya sembang terkeluar lah idea nak berkelah di Taman Tasik Taiping ni.

Macam yang kami dah rancang, petang tu kami akan bertolak p ke sana lepas selesai masak bekalan nak berkelah.Dari rumah kami ke sana takda lah jauh mana, lebih kurang 30 minit.Tapi minggu ni cuti panjang kan, jem Taman Tasik Taiping tu.

Sampai ja sana, terus cari port lepas tu bentang tikar.Makan sampai mengah.Kami masak yang simple ja, asam pedas, pindang, sayur campur, ikan masin dengan ikan goreng, ulam & sambal belancan.Tapi ada menu best, cer teka?haha..Laksa in the garden, wah!!.Kelas gitu, hihi.

Dalam sejam setengah kami makan dekat situ, budak- budak ni semuanya p main playgroud lah, selfie sana sini, kami keluar dari Taman Tasik Taiping tu dalam jam 6.00 petang.Dan gambar, ada yang tak seberapa ni ja.

ni yang buat lajak makan nasi ni

menu best, favourite aku ni.


Ni ja lah coretan aktiviti aku cuti 4 hari ni.Saja lah nak abadikan dalam blog ni untuk kenang-kenangan.


2 Pengomen:

Mak & Ayah Mertua Aku

23:46 Bonda Zahra 2 Comments

Ayah Mertua

Mak Mertua

Tentu kita sebagai seorang muslimah yang baik harus mengerti & memahami.Kita menjadi isteri dari anak mertua kita, yang selama ini telah membesarkannya & berharap satu hari nanti si anak akan menjaga & menyayanginya hingga ke akhir hayat mereka.Kita kena taw, kita menikah bukan dengan suami kita ja, tapi jugak dengan semua keluarga besar & jugak termasuklah kedua orang tua dia.

Macam aku, aku memang bercinta dengan suami aku, sekolah sekali lagi, jadi mertua aku memang dah kenal dengan aku.Jadi, semuanya jadi lebih mudah lah kan.

Mak, panggilan aku pada Mak Mertua.Usianya dah capai 60 lebih.Dan Ayah pulak dah menginjak 70 lebih.Tapi alhamdulillah, mereka masih diberikan kesihatan yang baik.Mak pun baru lepas menunaikan ibadah umrah tahun lepas.Mak dan Ayah pun tinggal dekat ja dengan kami.

Ayah mertua aku namanya Zahidin b. Ali, Ayah memang orang sini, Batu Kurau.Ayah orangnya tenang, sabar & penuh kasih sayang.Mak mertua aku namanya Selamah bt. Abdul Hamid, Mak pun asal orang sini jugak.Keperibadiannya hampir sama dengan Mak aku.Mak lebih cerewet, hihi.Tapi Mak kuat buat segala sesuatu sendiri.Mak & Ayah kedua-duanya baik layan kami.Kekadang lama tak bejumpa dengan mertua, rasa ringdu menggetarkan hati.

Semoga saya jugak boleh selalu mengingatkan suami untuk terus berbakti pada kedua orang tuanya.Aku tak nak mertua aku sampai ingat dah kahwin dengan aku, tak ingat lagi dekat depa.Sedihkan kalau kita dengar macam tu.

Kewajipan anak lelaki dalam memberikan perhatiannya pada kedua orang tuanya, walaupun anak lelaki tu dah menikah.Jelas, macam dalam sabda Rasulullah SAW.Abdullah bin Amru bin Ash meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki meminta izin berhijad kepada Rasulullah SAW.Beliau bertanya, "Apakah kedua orang tuamu masih hidup?"Lelaki itu menjawab, "Masih".Beliau bersabda, "Kalau begitu, berjihadlah dengan berbuat baik terhadap keduanya".(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Semoga selalu ada kesempatan aku memberi kasih sayang lebih banyak pada mertua aku, macam mana aku memberikan kasih sayang pada orang tua aku sendiri selama ni.Sebab di sana ada doa untuk kebahagiaan rumah tangga kita.Ya Allah, jika aku ada salah pada depa, ampunilah.Kalau ada sikit ja kata yang menyinggung hati depa, ampunilah aku Ya Allah.Semoga depa, Mak & Ayah redha memberi maaf.


2 Pengomen:

Ringdu Berblogging

21:29 Bonda Zahra 6 Comments

Hampir seminggu aku tak update blog ni semata-mata sebab aku demam.Takda kudrat nak buat apa-apa.Ni baru aku rasa sihat sikit.Sejak dah bersalin ni, kalau demam tu lain macam sikit.

Dan dalam duk demam tu, aku jugak diserang batuk yang amat sakit.Sampai sekarang batuk lagi.Ujian dari Allah, aku redha.Tapi kesian dekat si kecik Zahra ni, dah terkena tempias virus Bonda dia ni.

Sebenarnya sebelum nak demam tu, aku ada rasa sakit tekak.Rasa bengkak dekat anak tekak.Pergi klinik Indran, doktor bagi ubat antibiotik+ubat demam+ubat selsema+ubat batuk jenis pil.Aku makan semua ubat tu, tapi ubat batuk tu macam tak serasi ja.Lepas ja baik demam, terus gatal tekak + batuk yang melampau.Sampai termuntah-muntah, nak tidur pun tak boleh.

So aku cuba petua kakak aku ni, minum madu dengan air suam.Leganya minum madu dengan air suam tu.Terima kasih kakakku atas idea yang bernas tu.Sekarang batuk tu dah berkurangan lah sikit.Zahra hari tu nasib baik aku cepat-cepat bagi makan ubat.Dah tak dengar dia batuk.Kalau tak kesian lah budak kecik bila batuk kan.So, misi sekarang aku akan terus amalkan minum madu.Madu kan amalan makanan sunnah.Kita ikhtiar ja.

Pada yang datang singgah blogwalking, komen & follow blog aku ni, terima kasih banyak-banyak.InsyaAllah aku akan balas semua komen, balas blogelwalking hampa & follow hampa semula.

Terima kasih semua & selamat kembali berblogging pada aku.


6 Pengomen:

Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan

15:06 Bonda Zahra 0 Comments

Filem:
Juvana 2

Pengarah:
Faisal Ishak

Genre:
Aksi

Pelakon:
Zahiril Adzim, Johan As'ari, Adam Shaz, Syeira Aiyob.Turut membawa penampilan baru Pekin Ibrahim, Nad Zainal, Hasnul Rahmat & ramai lagi.

Penilaian:
6/10

Sinopsis:
Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak & Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir.Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak & Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.

Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan.Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam.

Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka.Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.


Ulasan aku:
Aku tak taw kenapa tapi aku kurang berpuas hati dengan jalan cerita & pengakhiran cerita ini.Banyak perkara yang bagi aku berlaku secara tiba-tiba, tak jelas & tanpa kekuatan yang kukuh.Mayb sebab ni adalah filem & bukannya drama bersiri, so banyak perkara yang terpaksa diringkas @ dipercepatkan sampai kekadang aku rasa tak best pun filem ni.

Mayb Juvana lebih menarik dijadikan drama bersiri ja sebab kepuasan menontonnya lebih tinggi dari menonton filem.Tetapi secara menyeluruh, jalan ceritanya masih baik.Apa pun satu percubaan yang baik daripada semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem ni.Terima kasih kerana filem ni secara tak lansung berjaya mengubati ringdu aku terhadap watak-watak di dalam drama bersiri Juvana.Kalau ada Apek, lagi best, hihi.

Semoga ada drama bersiri Juvana musim ke-2 & yang pastinya aku mahukan watak Botak & Apek dikekalkan pelakonnya.

0 Pengomen:

Tempahan Apam Pelbagai Corak

23:46 Bonda Zahra 0 Comments

Tara...sekarang aku ambil tempahan untuk apam pelbagai corak.Macam-macam filling ada.Corak jugak boleh pilih.Aku terima tempahan untuk perkahwinan (doirgift, hantaran), majlis pertunangan, majlis cukur jambul, birthday party, jamuan dll.Nak makan saja-saja pun boleh.

Harga apam ni:
RM35=100 biji
RM17=50 biji
RM1.50,1 pack 3 biji
Filling-strawberry & blueberry, boleh pilih antara dua.

Nak memudahkan hampa nak tempah, boleh call aku (sue) di 0134550660.Boleh selfpickup di mana-mana lokasi sekitar Batu Kurau, Kamunting & Taiping.




0 Pengomen:

#Siapa Aku?Segmen 2015 Kalia

11:42 Bonda Zahra 10 Comments


Nama aku SUE.Cukup ja aku bagi nama pendek.Nak taw nama penuh aku, dipersilakan PM aku.Macam mana nak PM?Komen ja dekat bawah tu, hihi.Aku adalah anak kelahiran negeri Perak.Sekolah rendah di SK.Batu Kurau.Sekolah menengah di SMK Dato' Kamaruddin.Sekarang aku bekerja di SK.Sungai Ara.

Aku adalah seorang hamba Allah yang tengah belajar untuk lebih kenal & mencintai penciptaNya.Berusaha nak jadi seorang insan yang lebih baik daripada sebelum ni, InsyaAllah.Aku adalah seorang anak ke-7 kepada kedua Mak & Abah aku.Merupakan seorang adik kepada 3 orang abang & 3 orang kakak aku, & seorang kakak kepada adik aku.Aku adalah seorang isteri kepada suamiku yang tercinta, Muhammad Zulfitri.Seorang ibu kepada anak aku Nur Zahra Aressa.

Aku adalah seorang penjawat awam yang sentiasa belajar dari hari ke hari untuk kelansungan dalam menjalankan tugas aku.Aku adalah seorang insan yang sedang berusaha keras untuk memajukan diri supaya dapat apa yang aku impikan.Aku adalah seorang insan yang tak akan kenal erti putus asa dalam menghadapi dugaan & cabaran yang mendatang.Siapapun aku, aku hanyalah insan kerdil yang mendambakan kebahagiaan yang hakiki.

Ini ja serba sikit tentang diri aku.Harap ada yang sudi baca.Siapa nak join segmen ni klik banner dekat atas tu ya.Kita sama-sama meriahkan lagi segmen ni.Seronok jugak buat sesi kenal mengenal ni.

Aku ni memang takda bakat nak jadi seorang penulis.Bukan lah jugak seorang yang pandai berkata-kata, hihi.Tapi dah minat kan, melalut ja lah entah apa-apa dalam blog ni.Aku buat blog ni pun nak belajar dari blogger yang hebat-hebat ni.Kalau ada salah ka, apa ka, atau cadangan untuk penambahbaikan dalam penulisan aku ni, sila komen di ruangan komen.Aku menghargai respond dari hampa semua.Terima kasih semua kerana sudi menjenguk blog aku.

10 Pengomen:

GiveAway by Newbie Fazrol Iqbal

16:56 Bonda Zahra 0 Comments

GA yang kedua untuk hari ni, jom semua kita join.

klik banner kat atas ya.

0 Pengomen:

Tidak Boleh Dibeli Dan Dicari ganti

13:28 Bonda Zahra 0 Comments

Dalam dunia ni semuanya boleh dicari ganti.Sebut saja apa, semuanya pasti ada gantinya.Tapi dua benda yang mustahil buat kita cari gantinya ialah:

Mak, yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari, bertarung nyawa nak melahirkan kita.Dah tu, membesarkan kita sampai kita besar.Mak yang sangat menyayangi kita & meletakkan kepentingan kita, anak melebihi diri dia sendiri.Mak yang akan pertahankan kita kalau kita dipersalahkan.Mak yang jadi teman baik kita sejak kita dilahirkan.

Terima kasih Mak, Mak tak pernah mengeluh membimbing aku, menjelaskan pada aku yang mana baik & yang mana salah.Menjaga aku masa aku sakit, bagi aku kasih sayang yang tulus seorang ibu.Maafkanlah aku Mak, kalau ada aku menolak membantu Mak bila Mak mintak bantuan aku.
Abah, yang berhempas pulas membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkan kita & memberikan yang terbaik buat kita.Abah yang turut menanggung dosa anak perempuannya sehingga kita bernikah.

Terima kasih Abah, sejak aku lahir di dunia ni, Abah mendukung aku dengan penuh rasa kasih sayang, menyuap aku makan masa aku lapar.Maafkan aku Abah, kadang kala aku membantah tiap kata nasihat dari Abah.
Dua insan ni tak dapat kita cari ganti walaupun kita punya harta setinggi gunung sekali pun.Kita tak boleh cari Mak & Abah yang lain.Kita tak boleh beli Mak & Abah yang lain.Depa jugaklah, selain daripada suami buat kita perempuan yang dah berkahwin, penentu syurga neraka kita.
Terlalu banyak ucapan rasa terima kasih yang tak dapat aku ungkapkan lagi dengan kata-kata.Begitu besar cinta ni Mak & Abah.Maafkan aku Mak, Abah aku dah bersalah menyakiti hati Mak & Abah dari tiap perkataan & perbuatan yang aku buat.Tanpa aku sengaja, tanpa aku sedari dah sakiti hati Mak & Abah.

Ungkapan aku ni semua yang ada di fikiran aku, rasa bersalah yang mendalam sebab dah banyak sakiti Mak & Abah berulang kali.Tapi Mak & Abah tak pernah benci anaknya ni.Aku terus berusaha menjadi anak yang berbakti & baik buat Mak & Abah.Tak cukup dengan hanya memberi untuk bayar & ganti semua penat lelah Mak & Abah agar aku jadi manusia yang berguna.

Dengan segenap hati aku sangat mencintai & menyayangi Mak & Abah.Terima kasih dah menjaga aku, memberi kasih sayang yang sangat besar pada aku.Terima kasih dah jadi orang tua yang sangat membanggakan aku.Semoga aku boleh jadi seorang yang boleh Mak & Abah banggakan.Semoga aku boleh buat Mak & Abah senyum dengan kejayaan aku yang dah jadi seseorang yang Mak & Abah impikan.Amin.

0 Pengomen:

GiveAway Akhir Tahun 2015 by Beautiful Of Iman

10:50 Bonda Zahra 6 Comments

Giveaway sekarang ni dah macam cendawan yang tumbuh lepas hujan.Wah, tudia ayat aku, haha.Bila GA ni dah berleluasa, aku ni sampai tak menang tangan nak join GA tu, GA ni.Penat jugak nak copy paste URL, nak blogwalking.Fuhh!!.Tapi join tetap join.Mana la taw kud ada rezeki aku dalam banyak-banyak GA tu kan?hihi.

Selain tu buat tambah kenalan.Jangan lah fikir nak hadiah ja, haish.Kalau dapat tu, bonus lah.So, jom join GA ni pulak.Syarat dia pun senang ja.

klik banner untuk join


6 Pengomen:

Menang Giveaway Mek Cun

12:01 Bonda Zahra 4 Comments

Alhamdulillah, Bonda menang Giveaway Mek Cun.Terima kasih pada Izza Sakura di atas penganjuran Giveaway ni sempena pembukaan instagram produk kecantikannya iaitu @mek_cun.Tahniah!.Semoga Izza sentiasa dimurahkan rezeki.

Bonda sebenarnya tak mengharap untuk menang.Harapan Bonda masuk Giveaway ni ialah semoga ukhwah kita terus terjalin walaupun kita tak pernah bersua.Tapi tak sangka pulak Bonda tersenarai sebagai pemenang.Yeah!!.Kira nak jadi rezeki.Daripada 54 orang peserta, 11 orang dah dipilih sebagai pemenang menggunakan khidmat random.org.

Tengoklah apa hadiah yang Bonda dapat dari Giveaway ni.

Taraaa....acah suspen sangat, haha.
Dapat hadiah Template dari Cik Kumbang

Terima kasih sekali lagi kepada Izza & semua blogger yang sponsor hadiah dalam Giveaway ni.Tahniah jugak kepada semua rakan blogger yang dah terpilih.

4 Pengomen:

Its Art GiveAwayyyyy Time

16:43 Bonda Zahra 2 Comments



klik banner untuk join

2 Pengomen:

Hebat Insan Yang Bernama Pak Yuih Ni

14:44 Bonda Zahra 0 Comments

Aku tengok Juara Parodi malam jumaat lepas yang depa buat 'tribute' untuk mengenang seorang pelawak yang meninggalkan kita baru-baru ni, Pak Yuih.Aku tengok kawan-kawan seperjuangan dia menangis, aku pun naik sebak dibuatnya.Walaupun aku tak pernah jumpa pun dengan dia, tapi dapat rasakan jugak kehilangan tu kan.Tapi, dari awal sampai akhir rancangan tu, aku rasa banyak iktibar yang perlu kita semua ambil dari kisah arwah Pak Yuih ni.Seorang pemuda yang dah kehilangan ibu & bapanya, yang telah banyak menghiburkan kita & buatkan kita gelak, hilang stress bila tengok lawaknya.

Dia hanya pelawak tapi kita perasan tak, bila dia dah meninggal dunia, Allah muliakan dia dengan cara Allah buka semua kisah kebaikan dia masa dia di dunia.Barulah kita taw, yang dia ni orang yang rajin bersedekah hartanya untuk kebaikan ummat.Barulah kita taw yang dia ni, hidupnya diuji dengan pelbagai ujian keimanan.Dia kehilangan ibu & ayah, dia dikatakan dipinggirkan keluarga, berhijrah ke Kuala Lumpur nak mencari nafkah.Dia banyak membantu orang lain yang lebih memerlukan & kita dapat taw kebaikan yang dia lakukan & ujian yang dia hadapi dengan penuh sabar bila dia dah meninggal dunia.Dia di alam sana, dia tak taw pun yang sekarang ni kita tengah cerita pasal kebaikan dia.

Masa dia hidup, sekalipun dia tu pelawak, kita takda dengar dia ceritakan keburukan orang lain, kita tak pernah dengar apa yang negatif dari mulut dia pada orang lain, kita tak pernah nampak yang dia menjatuhkan orang lain.Yang kita taw bila dia dah takda, semua cerita yang baik & bagi kita keinsafan.Kagumnya aku pada insan yang bernama Yusri bin Edoo ni.

Pak Yuih jugak hamba Allah yang akan dihisab oleh Allah nanti.Biarpun dia pelawak, tapi amal baik yang dia buat masa hidup dia, dia tak hebahkan mungkin kerana dia taw yang biar Allah saja yang taw apa kebaikan yang dia buat.Alhamdulillah, bila dia dah takda, Allah buka kisah amal baik dia tu buat kita jadikan iktibar.

Apa pun, marilah kita sama-sama menjadi insan yang ikhlas beramal kerana Allah,Jagalah aib, jangan buka aib orang lain, supaya bila kita dah takda nanti, orang tak buka aib kita.Janganlah kita buka aib sendiri, semoga Allah tutup aib kita di Masyar nanti.InsyaAllah.

Rahimullah Pak Yuih, semoga Allah kurniakan Pak Yuih syurgaNya.

Wahai insan yang dah banyak buat kami terhibur & tersenyum..semoga amal kebaikanmu, kesakitanmu sebelum mati tu akan menjadi penyebab untuk kau tergolong di kalangan ahli syurga.Amin.


0 Pengomen:

Aku Seorang PT

15:19 Bonda Zahra 2 Comments

Catatan yang aku rasa paling skema setakat ni, hihi.Ini soal profesion, soal kerja.Firstly, apa tu PT?PT tu ialah PEMBANTU TADBIR.

Dengan suka citanya aku nak berkongsi pengalaman lepas dah tahun ke-6 aku berkhidmat sebagai PT.PT tu dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.Kami bertugas di sekolah-sekolah kerajaan.Dan berstatus TETAP & BERPENCEN.Bergred N17.

Bidang tugas aku yang agak mencabar & kekadang agak tertekan jugak kalau berdepan dengan hal yang agak penting.Tahun berganti tahun, sikit demi sikit pengalaman sebagai PT aku dapat praktikkan dalam kehidupan harian aku.Semakin rasa best & terasa makin jatuh hati pulak aku dengan kerja ni.

Mulanya, aku suka-suka ja isi borang permohonan kerja ni.Masa tu aku baru habis sekolah.Lepas keputusan SPM keluar, aku ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menjawat tugas ni.Dalam hati ni memang aku nak sangat kerja ni.Aku bukannya dari keluarga yang berada.Tengok muka Mak Abah sedih hati ni.Aku nak Mak Abah merasa hasil titik peluh aku ni yang tak seberapa.Aku nak bahagiakan depa.Alhamdulillah.

Melangkah kaki ke sekolah pertama aku bertugas sebagai penjawat awam yakni PT di SJKT Ladang Stoughton.Memang menuntut aku untuk belajar cara hidup, persekitaran & yang lebih mencabar bila berdepan dengan orang yang tak sama wataknya.Sejujurnya aku happy berkhidmat di sekolah ni, walaupun kali pertama aku melapor diri di sekolah ni, kakak aku yang hantar aku dengan naik motor ja.Jauh jugak taw, dengan hutan kiri kanan pulak.Tapi sekarang aku dah berkhidmat di sekolah baru, sekolah kedua aku iaitu SK Sungai Ara.

Berbalik pada tugas aku, sebagai PT sekolah.Aku ni boleh diibaratkan pegang pentadbiran pejabat lah.Dari urusan pejabat, kewangan, pentadbiran & seterusnya menjalankan kerja yang diarahkan oleh pihak atasan.Dengan sistem on9 segala benda sekarang yang banyak perlukan perhatian.Itulah kekadang otak ni selalu 'blackout".Mana nak fikir tu, fikir ni.Haih, cuma aku mampu berlapang dada.Ini tugas yang perlu aku jalankan dengan penuh tanggungjawab & dedikasi.

Letih?Memang.Tapi apakan daya.Dah kerja kita.Kekadang letih sangat bila kerja datang bertalu-talu, nak kan segera.Perlu bersabar untuk hadapinya.Itu tugas.

Kalau nak cerita pengalaman selama masuk tahun ke-6 berkhidmat ni, memang tak habis.Banyak suka dukanya.Banyak benda baru yang aku belajar dari hari ke hari.Alhamdulillah bila fikir dengan positif, aku rasa kerja ni adalah satu profesion yang harus dimartabatkan.Bukannya di pandang rendah oleh setengah masyarakat yang sering anggap PT ni "kerani cabok".

Terkilan jugak kan dengan masyarakat yang pandang rendah pada kerja kita ni.Sabar ja lah, haha.Teruskan ja tunjuk prestasi yang cemerlang dalam kerja.Kerja tu ibadah.Allah takkan sia-siakn setiap titik peluh kita dalam mencari rezeki yang halal.InsyaAllah.
tempat berkhidmat aku sekarang




2 Pengomen:

End Year GiveAway By Seindah Cerita

11:36 Bonda Zahra 22 Comments

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


22 Pengomen:

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

11:24 Bonda Zahra 4 Comments

Haih, takda masa sangat nak berblog sekarang ni.Sibuk dengan urusan kerja.Cey, bunyi macam Tuan Guru Besar ja.Ingat balik 3 tahun lepas, aku rasa kalau aku takda kerja pejabat, dari pagi sampai ke petang boleh ja aku duk layan ber FB, layan You Tube.Masa tu aku takda blog lagi.Kekadang sampai balik lambat sebab nak layan internet.Haih, dah macam makan gaji buta pulak, hihi.Habis kerja, balik rumah, kemas rumah, tengok tv, makan malam, tidur.Memang takda life lansung.

Tapi sejak ada Zahra ni ja, aku masuk kerja pukul 8 lebih, aku terus buat kerja, waktu rehat aku makan tak pun buat kerja jugak.Tepat jam 5.10 aku tutup PC kat ofis, angkat kaki balik.Sampai rumah Zahra dah sambut aku depan muka pintu.Lepas tu, main dengan Zahra, mandikan Zahra, tengok tv dengan Zahra, makan dengan Zahra & tidurkan dia, sekali-sekali aku tidur.Lagi macam takda life, ye dak?haha.

Haih, tak macam tu lah.Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang.Ada Zahra, ada Mr.Fitri.Alhamdulillah, aku rasa cukup sempurna.Walaupun Mr.Fitri aku jauh, sobsob;(.Balik-balik ada Zahra, hilang semua masalah kerja & yang paling heaven sekali dapat makan masakan Mak aku.

Terima kasih dekat Mak dengan Abah sebab sudi terima anak dia yang kuat menyusahkan, kuat makan, kuat habiskan beras ni.Nikmat Mak Abah.Allah tak tarik lagi, Alhamdulillah.Selalu boleh tengok muka depa lagi.Ustaz kata, dapat pahala tengok Mak Abah.Untunglah dapat kerja dekat dengan mak Abah aku.Syukur.

4 Pengomen:

GiveAway By Nazfea Solehah

16:23 Bonda Zahra 2 Comments

Jum ramai-ramai join segmen ni, dapat lah kita sama-sama memeriahkan suasana.
klik banner

Tarikh Tamat:14hb Disember 2015

2 Pengomen:

Celebrating Besday Zahra Dengan Babah

23:29 Bonda Zahra 2 Comments

Alhamdulillah, semalam dapat lah jugak sambut besday baby girl Babah & Bonda yang namanya Nur Zahra Aressa 1 tahun, hihi.

Memang aku dengan Mr.fitri dah rancang nak buat makan-makan sikit ni sempena besday Zahra, buat doa selamat sikit.Alhamdulillah ada rezeki lebih tu, boleh lah buat sambutan besday ni.Kami buat dekat Kedah sebab Mr.Fitri kan stay sana, dia nak buat makan lah dekat kawan-kawan dia belah sana.Buat makan untuk 100 orang, Alhamdulillah cukup.Biar lebih jangan tak cukup, hihi.

Cepatnya masa berlalu kan.Macam mimpi dah ada anak yang usianya 1 tahun.Lepas ni, kalau orang tanya baby umur berapa?Dah boleh jawab, "dah setahun dah".Dah besar dah anak Babah & Bonda ni.Tak sangka.Rasanya baru ja mengandungkan Zahra.Budak kecik yang aktif ni lahir dari perut aku'KUASA ALLAH'.Allahhuakbar..

Nur Zahra Aressa, pengerat kasih Babah & Bonda.Amanat Allah buat kami yang paling berharga.Moga Zahra membesar menjadi anak solehah yang berguna pada agama.Dikurniakan kehidupan yang bahagia dunia & akhirat.Babah & Bonda sayang Zahra sangat.





2 Pengomen:

GiveAway Poskad Vintage ( Bahasa Jerman)

23:55 Bonda Zahra 10 Comments

Aku dah join.
klik banner

Hampa semua jum join.Untung-untung boleh dapat poskad tu, hihi.

10 Pengomen:

Paranoid Kah Aku?

12:50 Bonda Zahra 7 Comments


Aku dapat rasakan yang aku ni seorang yang sangat paranoid.Tahu tak apa tu paranoid?Paranoid tu spesis penyakit mental sebenarnya.Tapi jangan memandai hampa nak cop aku gila pulak.Percaya atau tak, paranoid ni ada dalam diri kita yang normal.Cuma teruk dengan tak ja.Paranoid tu adalah perasaan syak wasangka, curiga, was-was yang terlalu kuat.

Ke-PARANOID-an aku pulak, aku ni sangat lah low self esteem yang buatkan aku sampai jadi paranoid macam ni.Aku selalu fikir yang orang salah sangka dengan aku, orang tu tak suka aku, cakap belakang pasal aku, marah dalam diam dekat aku.Bahkan nak update status yang simple dekat FB pun aku fikir banyak kali.Aku takut status aku ada yang nak terasa ka, padahal aku tak maksud apa-apa.Takut kalau ada orang komen yang menyakitkan hati aku, mula lah aku nak meroyan.

Benda tu semua buat aku sentiasa gelisah & risau.Ni contoh-contaoh simptom penyakit paranoid.So, kalau ada dalam diri hampa, hampa pun sama spesis dengan aku.Kita geng, yeah!.








So, macam mana?Ada tak sikap paranoid hampa dalam ni?Aku nak sangat buang sikap paranoid aku ni.Kalau lah ada ubat, aku telan dah.Walaupun aku paling tak suka telan ubat.Paranoid buat aku rasa rendah diri, buat aku sakit kepala, buat aku rasa cepat nak marah.Paranoid, blah lah jauh-jauh.Tinggalkan aku sendiri, hihi.

7 Pengomen:

Bila Zahra Dah Start Nak Makan Suap Sendiri

22:16 Bonda Zahra 5 Comments

Haih, Zahra sejak umur setahun ni dia dah bertambah pandai & rasa diri dia tu dah besar sangat.Semua benda nak buat sendiri.Bukan aku yang sakit jiwa duk nak ajar dia tu buat semua sendiri tapi dia pulak yang nak buat semua tu sendiri.

Yang paling tak tahan tu, dia nak makan sendiri.Actually Zahra ni memang cepat taw nak suap makan sendiri.7,8 bulan hari tu pun dah pandai nak makan biskut sendiri.Aku ja yang tak harap.Sebab dia pun jenis yang kutip barang than masuk dalam mulut.Mayb sebab tu dia cepat pandai nak suap makan sendiri, hihi.

Tapi takpa lah, benda biasa tu bagi budak.Pastu sekarang pandai pulak makan pakai sudu, nak suap sendiri.Tapi kalau time Tok Pah dia suap dia, takda pulak macam tu.Takda pulak nak buat perangai nak suap sendiri ka apa.Cuma bila dengan aku ja lah macam gitu.Amboi, boleh pilih-pilih pulak ya, haha.

Aku bagi ja dia makan sendiri.Yang aku suap tetap suap.Kalau biar dia makan sendiri ja, asyik jatuh ja makanan tu.Bila nak kenyangnya kan?

Sekarang aku tengah mencari kaedah yang sesuai untuk Zahra.Ada terbaca tentang cara nak handle anak yang nak makan sendiri ni.Caranya, buat finger food untuk anak atau makanan yang boleh dipegang.Tapi macam lah aku ni pandai sangat nak buat lunch ka dinner yang berbentuk bagai.

Last, aku ada cadangan.Breakfast & Lite Dinner bagi dia suap sendiri-masak atau buat makanan yang boleh dia pegang contoh macam nugget, kentang atau roti.Lunch atau dinner baru bagi dia makan nasi biasa dengan lauk, tak pun bubur.So, win-win situation lah kan.Zahra boleh makan sendiri 2 sesi makan, pastu dia kena pasrah Bonda suap time dua sesi lagi.

Tudia, dasyatnya rencana jadual makan Zahra yang Bonda plan.Harap-harap menjadi lah plan Bonda ni.







5 Pengomen:

Mini Giveaway YanieYusuf.com

19:56 Bonda Zahra 6 Comments

Jum ikut Bonda join GA yanie ni, klik banner ya.

Tarikh akhir:30 November 2015

6 Pengomen: